MALBATT 850-9 SUMBANG KERUSI RODA

MALBATT 850-9 meneruskan lagi kesinambungan tanggungjawab sosialnya dengan menyalurkan sumbangan kepada Badan Sukarela dalam Komuniti Dyan Ntar bertempat di Bangunan Development Charatable Assosiation Dayn Ntar di Selatan Lubnan. Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin, Komander MALBATT 850-9 kepada Mr Kamal Ahmad Hjeij, President of Deir Intar Development Charatable Association. Sumbangan yang dihulurkan adalah berbentuk kerusi roda, pakaian dan buku. Sumbangan ini merupakan sumbangan daripada NGO Malaysia melalui kerjasama antara Sel CIMIC MALBATT 850-9. Mr Kamal Ahmad Hjeij mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang telah dihulurkan. Tambahannya lagi, sumbangan tersebut akan disalurkan dan dimanfaatkan kepada pihak yang memerlukan terutamanya golongan dalam Komuniti Municipality dan kawasan sekitar.
Skip to content