TAWAU, 27 Jan 22 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (Mk ATB 2) hari ini melakar satu lagi sejarah dengan pelaksanaan upacara Perbarisan Penyerahan Op Pasir Pesisir Pantai (OPPP) antara MK 13 Bgd Inf kepada MK ATB 2. Perbarisan pada pagi ini merupakan simbolik kepada Penyerahan OPPP antara MK 13 Bgd Inf kepada MK ATB 2 yang telah mengambil alih secara rasminya OPPP berkuatkuasa pada 31 Dis 2021 yang lalu. Seramai 9 pegawai dan 73 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada 2 kontingen iaitu kontingen pertama dari pasukan Bn Ke-8 Rejimen Sempadan (8 RS) dan kontingen kedua pula adalah gabungan dari Bn Ke-14 Rejimen Askar Melayu DiRaja (14 RAMD Mek) dan Rejimen Ke-6 Artileri Diraja (6 RAD) terlibat dalam Perbarisan Penyerahan Op PASIR PESISIR PANTAI (OPPP) yang berlangsung di Padang Kawad Bn Ke-26 RAMD, Kem Kukusan.
Perbarisan pada pagi ini diketuai oleh Lt Kol Mohd Suhadi bin Sapar Pegawai Memerintah Bn Ke-2 RAMD, Penolong Ketua Perbarisan Mej Mohd Anuar bin Shaedin Ketua Bateri Bravo 6 RAD, Ajutan perbarisan Lt Ayub bin Muhammad dari MK 13 Bgd, dan Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW I Hendi Purna Irawan bin Basri. Perbarisan pada pagi ini turut disertai oleh Platun Serunai dari Bn Ke-22 RAMD di bawah pimpinan Drum Major SSjn Mohd Aznan bin Ghani.
Acara perbarisan pada pagi ini dimulakan dengan ketibaan Ketua Staf MK AB, disusuli dengan nyanyian lagu ATM dan seterusnya Ketua Perbarisan melapor. Majlis diteruskan dengan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pemerintah OPPP antara Brig Jen Suhaimi bin Haji Shamsudin Panglima 13 Bgd Inf kepada Brig Jen Abdul Karim bin Ahmad Komander ATB 2 yang disaksikan oleh Mej Jen Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani Ketua Staf MK AB mewakili Panglima Angkatan Bersama (PAB). Acara menurunkan bendera formasi 13 Bgd Inf dan menaikan bendera ATB 2 yang disaksikan oleh Ketua Staf MK AB serta penyerahan bendera formasi kepada Panglima 13 Bgd Inf telah dilaksanakan dengan jayanya. Perbarisan pada pagi ini telah dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 seperti yang ditetapkan kerajaan.