Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Perkhidmatan Kesihatan ATM telah mengaturgerakkan petugas dan kelengkapan Hospital Medan Malaysia Tahap Tiga (3) milik ATM ke Adiyaman, Turkiye bagi tempoh pengoperasian 6 minggu dalam misi membantu mangsa bencana gempa bumi yang berlaku pada Isnin, 6 Februari 2023 yang lalu. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan Majlis Penghantaran Tim OP STARLIGHT (OPERASI PENGENDALIAN HOSPITAL MEDAN MALAYSIA DI TURKIYE) pada 10 Feb 23 bertempat di Pangkalan Udara Subang yang melibatkan sesi penghantaran pertama terdiri dari 36 pegawai dan anggota serta diketuai oleh Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Amran bin Amir Hamzah sebagai Pemerintah Operasi. Pengoperasian OP STARLIGHT ini juga diletakkan di bawah Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM sebagai peneraju operasi dan akan berhubung rapat dengan perkhidmatan lain, agensi dalam dan luar negara dalam melaksanakan misi sejajar dengan peranan serta tanggungjawab yang di amanahkan.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- ATURGERAK HOSPITAL MEDAN MALAYSIA KE TURKIYE