KUANTAN, 17 Februari 2022 – Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM telah menyampaikan Amanat tahun 2022 bertempat di Auditorium Mat Kilau Markas Angkatan Bersama serta secara video conference bersama Komander IMT MINDANAO 16, Komander ATB 2, Komander MALBATT 850-9. Tanggal 17 Februari 2022 genaplah dua tahun beliau mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Panglima Angkatan Bersama yang ke-13. PAB turut mengimbas kembali teras Panglima Angkatan Tentera yang telah disampaikan pada 24 Januari 2022 yang lalu, semua warga MK AB diingatkan untuk meneruskan 4 teras yang telah digariskan di dalam perintah ulung PAT iaitu memperkasakan kesiagaan aset atm, memperkasa warga atm yang cemerlang, mengukuhkan keupayaan atm dalam domain siber dan menterjemahkan kertas putih pertahanan. Selain itu, MK AB akan memfokuskan mengutamakan aspek mempertingkatkan pemerkasaan pengoperasian dan bantuan operasi terhadap operasi dalam dan luar negara yang dipertanggungjawabkan, mempertingkatkan pemerkasaan eksesais dan latihan dalam dan luar negara yang dipertanggungjawabkan serta melaksanakan semua tugas dengan efektif, efisyen dan selamat. Turut hadir majlis tersebut adalah Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, pegawai kanan dan warga MK AB.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- AMANAT 2022 PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA