Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah mengadakan Majlis Tahlil, Bacaan Yasin dan Doa Selamat bertempat di Surau Al- Husna dengan kehadiran seramai 22 Pegawai dan 53 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) MK ATB 2. Majlis turut dihadiri oleh Brig Jen Abdul Karim bin Ahmad Komander ATB 2, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM Ketua Staf ATB 2, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai serta Anggota LLP ATB 2.
Majlis tahlil pada hari ini juga turut disertai melalui sidang video secara langsung oleh Pasukan-pasukan dibawah naungan pemerintahan MK ATB 2. Sidang video ini dilaksanakan di setiap penempatan Markas Taktikal Op Pasir dengan menggunakan perisian Google Meet. Antara tujuan utama ATB 2 melaksanakan sidang video ini adalah bagi memberi penekanan berkenaan keutuhan organisasi melalui aspek kerohanian. Majlis ini telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan kerajaan. Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan ringan.