CIMIC: ERATKAN HUBUNGAN WARGA MK AB DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT

KUANTAN, 12 dan 13 Ogos 2022 – Warga Markas Angkatan Bersama telah mengadakan aktiviti kerohanian dan kebajikan bersama penduduk Felda Sungai Panching Utara di bawah pelan strategik Kementerian Pertahanan tahun 2021-2025 iaitu Teras Strategik ke-4 Pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera . Acara dimulakan dengan ceramah Maal Hijrah oleh penceramah jemputan yang dihadiri oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Panching Utara, manakala warga MK AB berserta penduduk telah mengadakan gotong-royong pembaikan fasiliti sekitar qariah seterusnya bacaan khutbah dan solat jumaat di Masjid Al-Huda Felda Sungai Panching Utara. Aktiviti diteruskan lagi dengan ziarah mahabbah qariah yang diketuai sendiri Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM. Bagi memeriahkan lagi aktiviti ini, MK AB telah mengadakan perlawanan persahabatan sukan bola tampar di antara warga MK AB dengan qariah di gelanggang bola tampar Felda sugai Panching Utara yang mana dimenangi oleh qariah tesebut. Pada hari kedua CIMIC, Kursus Pengendalian Jenazah bagi lelaki dan wanita dilaksanakan oleh Pegawai Agama, Markas Angkatan Bersama yang dilaksanakan di Masjid Al-Huda disamping program gotong royong membersihan kubur, menyiapkan pemasangan bumbung di pondok menunggu bas Sekolah Rendah Panching Utara. Majlis penutup disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM bersama Pengurus FELDA Panching Utara, Encik Abdul Samad bin Harun dan kehadiran penduduk FELDA Panching Utara di Masjid Al-Huda.

Skip to content