CIMIC: KARVINAL KESIHATAN BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT

Kuantan – 20 Ogos 2022. Markas Angkatan Bersama telah mengadakan program CIMIC (Civil Military Cooperation) iaitu karnival kesihatan di perkarangan Masjid Al-Bukhari Nurul Aman, Taman Seri Mahkota Aman. Program ini juga melibatkan penyertaan bersama dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Mahkota Aman Fasa 2 yang menjalankan pameran dan perkhidmatan kesihatan bersama-sama bahagian J9 Markas Angkatan Bersama. Pelbagai program telah dijalankan iaitu senam robik, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, pameran kesihatan, pertandingan mewarna, ceramah kesihatan pemakanan, saringan pap smear dan PEKA B40 dan turut disediakan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir. Majlis penutup disempurnakan oleh Wakil Panglima Markas Angkatan Bersama, Kolonel Dr Jeffry bin Jalaluddin.

Skip to content