Markas Angkatan Bersama telah mengadakan program Civil Military Cooperation (CIMIC) iaitu di bawah motivasi pendidikan – Summer Camp di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang bermula 23 hingga 25 September 2022. Program ini melibatkan 40 peserta iaitu pelajar tahun 4 hingga 6 dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera, Kuantan. CIMIC Pendidikan kali ini mendapat kerjasama padu dari penganjur bersama iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang bersama Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera, Kuantan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi mencapai objektif di antaranya menjalinkan kerjasama dan mengukuhkan ukhwah antara komuniti awam dengan tentera, menerapkan kembali jati diri pelajar untuk terus memacu kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan menerapkan semangat motivasi pendidikan di kalangan pelajar. Pada majlis penutup pada 25 Sep 22, peserta turut mempersembahkan persembahan secara berkumpulan di hadapan ibu bapa para peserta yang turut hadir pada majlis penutup. Panglima Angkatan Bersama sangat berpuas hati dengan perlaksanaan program serta semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang menyertai program kali ini.