CIMIC PULAU DANAWAN

Markas Angkatan Bersama telah mengadakan program Civil Military Cooperation (CIMIC) di Pulau Danawan, Sabah pada 22 September 2022. Program ini turut melibatkan Angkatan Tugas Bersama 2, Pasukan 4 Rejimen Renjer DiRaja dan NGO Dana Kita.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti aktiviti membersihkan kawasan pantai, mengecat bangunan sekolah, program pembinaan pasukan kepada murid sekolah, ceramah kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Semporna bersama-sama penduduk kampung Pulau Danawan.
Ketibaan Panglima Angkatan Bersama disambut meriah oleh penduduk kampung dan para delegasi turut disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan igal-igal. Panglima Angkatan Bersama turut meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah kepada murid sekolah SK Pulau Danawan dan pek makanan asas kepada 200 penduduk kampung yang di sumbangkan oleh NGO Dana Kita dan orang perseorangan. Program diakhiri dengan upacara menanam pokok mata kucing di sekitar sekolah oleh Panglima Angkatan Bersama dan delegasi yang hadir.
Skip to content