COE TINGKATKAN TAHAP KESIAPSIAGAAN MALBATT 850-9

MA’RAKAH: Pemeriksaan Contingent Owned Equipment (COE) MALBATT oleh Tim Verifikasi COE UNIFIL diketuai oleh Mr. Stanislav Tarasov telah dilaksanakan di Kem Tibnin dan Ma’rakah pada 8 dan 9 Dis 2021.
Antara aset-aset yang diperiksa merangkumi Major Equipment (ME) dan Self Sustainment (SS) yang merangkumi Operational Readiness Inspection berdasarkan Memorandum of Understanding (MoU) UNIFIL.
Pemeriksaan ini bertujuan menilai tahap kesiagaan aset-aset MALBATT yang diletakkan di bawah pengoperasian UNIFIL sentiasa berada di tahap yang tertinggi mengikut spesifikasi dan piawaian PBB. Ketua Tim Verifikasi, Mr Stanislav Tarasov amat berpuas hati dengan pemeriksaan yang telah dijalankan dan mengucapkan tahniah dan syabas di atas persiapan, perlaksanaan dan komitmen yang telah dipamerkan oleh Ketua Komp dan Elemen.
Skip to content