FORCE INTEGRATION TRAINING DAN EKS RESTORE HOPE MALBATT 850-10 MELABUH TIRAI

PORT DICKSON, 8 September 2022 – Upacara Penutup Force Integration Training (FIT) dan Eks RESTORE HOPE Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10 secara rasminya melabuhkan tirai pada hari ini. Acara telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Staf, Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Dato’ Haji Md Fauzi bin Salleh TUDM di Hangar MALBATT Village. Kehadiran Pemangku Ketua Staf telah disambut oleh Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman bin Hj Ramli di Pusat Pengaman Malaysia sebelum meneruskan acara di MALBATT Village.
Acara penutup ini memaparkan kelainan apabila semua dif kehormat dipertontonkan dengan demonstrasi Road Check Point dan Crowd Riot Contol. Demonstrasi ini telah memperlihatkan bagaimana reaksi tim anti rusuhan menangani dan mengendalikan ancaman di luar kawalan. FIT yang telah dilaksanakan mulai 18 Julai sehingga 8 September 2022 ini telah menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai bagi menilai tahap keupayaan Kontinjen MALBATT untuk diaturgerakkan.
Antara objektif utama latihan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan anggota dengan ilmu yang berkaitan dalam semua aspek bidang penugasan disamping menguji tahap kompetensi Pegawai dan anggota sebagai pengaman misi di bumi Lubnan kelak. Sebanyak 6 lane telah diuji melalui pengoperasian Tactical Operation Center (TOC) merangkumi Road Check Point (RCP), UN Designated Site (UNDS), Cordon and Search (C&S), Foot Patrol (FP), Vehicle Patrol (VP), Convoy and Escort dan pengendalian Rancangan Kontingesi (RANKON).
Turut hadir adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Ruzelme bin Hj Ahmad Fahimy ; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Udara, Mejar Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akhmar bin Mohd Dom TUDM.
Skip to content