HARI KELUARGA MARKAS ATB 2

TAWAU, 18 Disember 2021 – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah melaksanakan Sambutan Hari Keluarga MK ATB 2 di Shan Shui Golf Resort, Tawau Sabah. Perasmian Hari Keluarga MK ATB 2 telah dirasmikan oleh Brig Jen Abdul Karim bin Ahmad, Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (Komander ATB2). Pelbagai aktiviti sukaneka telah diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pegawai, anggota LLP dan ahli keluarga warga MK ATB 2. Disamping itu, aktiviti sebegini dapat memupuk semangat pasukan, sikap hormat menghormati dan perpaduan di kalangan warga MK ATB 2. Majlis turut meraikan sambutan Hari Lahir warga MK ATB 2 bagi bulan November dan Disember 2021. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua warga MK ATB 2 dan Pemenang Karnival Sukan MK ATB 2. Aktiviti ini juga dianjurkan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Skip to content