KUANTAN, 17 Disember 2021 – Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama telah menyempurnakan penutup Seminar Keluarga Mawaddah peringkat Markas Angkatan Bersama di De Rhu Beach Resort. Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi tips serta panduan kepada peserta tentang cara untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Peserta yang terlibat seramai 20 pasangan keluarga warga Markas Angkatan Bersama. Turut serta menjayakan majlis penutup seminar ini adalah Tuan Mohd Afandi bin Abd Rani ,Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Agama Islam Pahang dan Laksma Hj Muhammad Rodhi bin Ariffin, AKS J5 serta Ustazah Noor Haliza Bt Ali – Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti, Mewakili Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.