Bahagian J5, Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah menganjurkan Syarahan Joint Operational Planning Environment bersempena dengan Hari Pengajian MK AB bertempat di Auditorium Mat Kilau. Syarahan telah disampaikan oleh Leftenan Kolonel Hj Rafiddee bin Dollah TUDM, PS 1 RANOP (U). Objektif utama pelaksanaan syarahan ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada warga MK AB berkaitan Joint Operational Planning Environment serta mengemaskini Proses Perancangan Operasi Bersama (JOPP) yang telah dikemaskini pada tahun 2021. Tururt hadir Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid Bin Hj Arshad TUDM dan Ketua Staf, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani.