HARI PERTAMA MULA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA

KUANTAN, 12 Disember 22 – Panglima Angkatan Bersama ke-14, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM secara rasminya memulakan tugas di Kem Al-Sultan Abdullah, Markas Angkatan Bersama (MK AB). Ketibaan beliau disambut oleh Asisten Ketua Staf J3, Mejar Jeneral Dato’ Hj Md Fauzi bin Salleh TUDM merangkap pemangku Ketua Staf, Asisten-Asisten Ketua Staf serta Pengarah-pengarah MK AB. Seterusnya, beliau telah menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan dan dibawa melawat sekitar Kem Al-Sultan Abdullah MK AB. Seluruh warga Markas Angkatan Bersama turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Selamat Bertugas kepada Panglima Angkatan Bersama ke-14.

Skip to content