GENSAN, 17 Feb 22 – Ketua Misi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-16, Mej Jen Datuk Hamdan bin Hj Ismail telah melakukan kunjungam perpisahan ke atas Joint Task Force, General Santos. Ketibaan Ketua Misi TPA M16 di markas telah disambut oleh Commanding Officer Joint Task Force, Colonel Galileo R. Goyena Jr. di pejabat beliau hari ini. Ketibaan Ketua Misi TPA M-16 telah disambut dengan penuh istiadat ketenteraan di markas JTF Command, sebelum diperkenalkan kepada pegawai-pegawai di markas tersebut. Semasa dalam sesi pertemuan tersebut, Ketua Misi telah mengucapkan penghargaan kepada, Colonel Galileo R. Goyena Jr. di atas segala bantuan yang telah diberikan sepanjang TPA M16 bertugas di Mindanao. Turut bersama dalam sesi pertemuan tersebut adalah Ketua Penempatan Nombor 1, Lt Kol Fakarudin Zuraidie bin Hj Ramli (ABDB) dan Mr. Charles Phillips Bolland, EU Expert.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- KETUA MISI TPA M-16 MEMBUAT KUNJUNGAN PERPISAHAN KE ATAS JTF COMMANDER