KOSPEN MK AB

KUANTAN, 3 Februari 2023 – Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) PERWIRA telah dirasmikan dan dilancarkan oleh Mantan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin pada 23 April 2019 dengan objektif untuk mengadakan saringan kesihatan bagi penyakit kronik, meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan anggota tentera mengenai penyakit tidak berjangkit dan komplikasi berkaitan penyakit tersebut. Diatas kesedaran tersebut, Bahagian J9 MK AB telah melaksanakan program KOSPEN PERWIRA peringkat MK AB bagi memperkasakan kesedaran kesihatan warga MK AB ke arah gaya hidup yang sihat. Program ini akan dilaksanakan sebanyak dua kali setahun merangkumi pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan paras gula, pemeriksaan Body Mess Index (BMI) dan saringan merokok. KOSPEN PERWIRA MK AB telah bermula pada hari Jumaat, 3 Februari 2023 bertempat di Auditorium Mat Kilau dan akan diteruskan pada setiap hari Jumaat berikutnya sepanjang bulan Februari mengikut penggiliran semua Bahagian, Cawangan dan Sel (BCS) MK AB.
Skip to content