LAHAD DATU, 8 Dis 21 – Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB) Brig Jen Abdul Karim Ahmad, telah menerima Sijil Penghargaan daripada Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) YDH DCP Datuk Ahmad Fuad bin Othman, di Padang Kawad Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA).
Sijil tersebut sebagai tanda perghargaan ESSCOM kepada KATB dan seluruh warga Angkatan Tugas Bersama 2 dalam kejayaan melaksanakan operasi bagi memastikan keselamatan Kawasan Pantai Timur Sabah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Komander dan seluruh warga Angkatan Tugas Bersama 2.