KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER ATB 2 KEPADA TYT SABAH

KOTA KINABALU, 15 Feb 23 – Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2), Brigedier Jeneral Wan Edenin bin Wan Mahsin melakukan Kunjungan Hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu hari ini. Kunjungan tersebut merupakan yang pertama sejak KATB 2 menjawat jawatan pada 8 Nov 22 yang lalu. Dalam pertemuan ini, KATB 2 memaklumkan hal-hal berkaitan kerjasama pihak tentera dengan kerajaan negeri Sabah selain turut menyentuh mengenai keselamatan dan kawalan sempadan di Sabah. Turut sama dalam Kunjungan Hormat tersebut adalah Pengarah Malaysia Maritime Command Centre (MCC), Kdr Noor Azley bin Othman TLDM, Ketua Skuadron Pengawasan, Lt kol Tengku Azriman bin Tengku Abdullah, Pegawai Staf 1 Keselamatan Operasi, Lt Kol Nizar Azmir bin Hj Abd Malek dan Pegawai-Pegawai dari MK ATB 2.
Skip to content