KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER MALBATT 850-9 KEPADA TYT DUTA BESAR MALAYSIA

BEIRUT, 13 Disember 2021 : Komander MALBATT 850-9, Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin telah melakukan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia, TYT Azri Mat Yakob di pejabatnya di Ras Beirut. Pertemuan ini adalah merupakan kunjungan pertama yang diadakan oleh Komander MALBATT 850-9 semenjak beliau memulakan tugas di Bumi Anbiya, Lubnan pada September lalu. Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra itu turut membincangkan objektif serta peranan MALBATT 850-9 yang bakal dilaksanakan. Komander MALBATT 850-9 merakamkan jutaan terima kasih kepada TYT Duta Besar atas sambutan hangat dan sokongan yang diberikan kepadanya.
Skip to content