KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER NTF

KUANTAN, 19 Ogos 2022 – Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM telah menerima kunjungan hormat dari Laksamana Madya Dato’ Roslan bin Mohd Yunus, Komander National Task (NTF) Force di Markas Angkatan Bersama. Kunjungan Hormat ini bersempena beliau mengambil alih perjawatan Komander NTF pada 18 Mei yang lalu dan kemudiannya dibawa melawat di sekitar kawasan MKAB. Lawatan diakhiri pertukaran cendera kenangan oleh Panglima Angkatan Bersama.

Skip to content