MARAKAH – Col MOON Re Dong Su, Komander Republic of Korea Battalion (ROKBATT) telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin, Komander MALBATT 850-9 di UNP 2-1 Kem Marakah pada 21 April 22. Ketibaan Komander ROKBATT disambut mesra oleh Komander MALBATT bersama staf MALBATT. Pertemuan ini merupakan aktiviti rutin dan timbal balas bagi Komander Batalion yang berkhidmat dalam misi UNIFIL bagi mengekalkan hubungan baik dan kerjasama yang erat dalam memikul tugas serta tanggung jawab dalam memastikan keamanan Selatan Lubnan sentiasa terpelihara. Perbincangan juga melibatkan aspek perlaksanaan operasi, latihan, CIMIC, perancangan aktiviti-aktiviti masa hadapan serta mekanisma yang dihadapi oleh semua trup UNIFIL masa kini. Dikesempatan yang sama, Komander ROKBATT mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Harimau Biru di atas kerjasama dan hubungan yang amat erat di antara kedua-dua batalion sepanjang misi di Lebanon. Beliau turut kagum dan terharu dengan sambutan dan penghormatan yang diberikan oleh Pegawai dan anggota MALBATT 850-9. Acara diakhiri dengan seisi bertukar-tukar cenderahati kenangan sebagai tanda penghargaan.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER ROKBATT KEPADA KOMANDER MALBATT 850-9