Kuala Lumpur, 15 Mac 2023 – Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob di pejabatnya pada 14 Mac 23. Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan pertama PAB kepada Panglima Tentera Laut selepas mengambil alih jawatan sebagai Panglima Angkatan Bersama ke-14 pada 8 Dis 22 yang lalu.