KURSUS BASIC LIFE SUPPORT MK AB

KUANTAN, 29 Ogos 2022 – Bahagian Kesihatan Ketenteraan J9 Markas Angkatan Bersama (MK AB) dengan kerjasama Jabatan Kecemasaan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang telah menganjurkan kursus Basic Life Support (BLS) Peringkat MK AB di Wisma Gabungan. Kursus ini adalah bagi memberi pendedahan dan latihan kepada anggota MK AB agar kompeten serta yakin dalam membantu menyelamatkan nyawa orang dewasa mahupun kanak-kanak secara resusitasi kardio pulmonari dan dihadiri seramai 1 Pegawai dan 23 Lain-lain pangkat. Teori dan praktikal disebelah pagi telah disampaikan oleh Dr Badrul Hisham, Pakar perubatan Kecemasan serta ujian teori dan praktikal pula di sebelah petang. Setiap peserta yang lulus diberikan sijil perakuan BLS yg diperakui selama tiga tahun. Majlis penutup Kursus BLS diakhiri dengan acara bergambar dan pertukaran cendera kenangan yang telah disampaikan oleh Pengarah J9 Kol (Dr) Shahril Nizam bin Abdul Jalil.

Skip to content