KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MK AB

KUANTAN 25 Ogos 22 – Seramai 7 Pegawai dan 20 anggota Lain-lain Pangkat telah terlibat dalam Kursus Pengurusan Jenazah Lelaki anjuran Pejabat Agama Markas Angkatan Bersama (MK AB) bertempat di Surau Al-Mustaffa, MK AB. Kursus yang dikelolai oleh PS 2 Agama Mej Wan Suhaimi bin Abdul Rahman dan dibantu oleh Ssjn Jamaluddin bin Ismail Penyelia Agama, bertujuan untuk menerangkan secara teori dan pratikal berkenaan pengurusan jenazah lelaki dari segi penyediaan kain kapan, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, dan seterusnya tatacara sembayang jenazah. Pengurusan Jenazah merupakan Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua umat Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam, bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman.
Skip to content