LATIHAN AMET MEMPERTINGKATKAN KESIAGAAN ELEMEN PERUBATAN MALBATT 850-10

Marakah, 22 Februari 2023 – MALBATT 850-10 telah melaksanakan Latihan Aero Medical Evacuation Team (AMET) dengan kerjasama France Medical Team UNIFIL dan Forward Medical Team (FMT) MALBATT 850-10 bertempat di Helipad UNP 2-1, Kem Marakah. Latihan ini diadakan ini untuk menguji kecekapan dan kesiapsiagaan FMT MALBATT 850-10 dengan melakukan pemindahan pesakit menggunakan helikopter UNIFIL untuk dibawa mendapatkan rawatan di Level 3/4 Hospital serta melibatkan penggunaan helikopter untuk pelaksanaan Medical Evacuation (MEDEVAC). Pelaksanaan latihan ini memberi peluang untuk FMT MALBATT 850-10 dalam pengendalian pesakit yang memerlukan pemindahan dari ambulan ke pesawat dan secara tidak langsung, latihan ini telah menguji kesiagaan komunikasi dalam permohonan MEDEVAC dan menghadapi sebarang kemungkinan. Untuk latihan kali ini, Pegawai Perubatan Kanan telah memilih kes Hypothermia. Secara keseluruhan, France Medical Team UNIFIL amat berpuas hati dengan latihan yang dilaksanakan secara realistik serta semua yang terlibat mempamerkan pengendalian pesakit yang baik. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.
Skip to content