LATIHAN AMET TIM MEDIKAL MALBATT 850-9

MARAKAH – Sel Latih (S7) MALBATT 850-9 telah melaksanakan satu Latihan Aero Medical Evacuation Team (AMET) dengan kerjasama UNIFIL AMET Team dan Elemen Perubatan MALBATT 850-9 bertempat di Helipad UNP 2-1, Kem Marakah pada 07 Feb 22. Latihan yang diadakan ini adalah untuk menguji kecekapan dan kesiapsiagaan Tim Perubatan MALBATT 850-9 dengan melakukan pemindahan pesakit menggunakan helikopter UNIFIL untuk dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Naqoura. Latihan ini melibatkan penggunaan helikopter yang berlepas dari Naqoura dan Tim Perubatan Hospital Level 1, MALBATT 850-9 dengan melaksanakan Medical Evacuation (MEDEVAC).
Pelaksanaan latihan ini memberi peluang untuk Tim MEDEVAC MALBATT 850-9 dalam pengendalian pesakit yang memerlukan pemindahan dari ambulan ke pesawat. Selain itu, peralatan perubatan dapat diuji dan digunakan secara maksima bagi menghadapi situasi pemindahan kasualti jika berlaku keadaan sebenar. Latihan ini turut menguji kesiagaan pasukan bomba dan komunikasi yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Latihan ini sejajar dengan Tonggak Pertama Komander MALBATT 850-9 iaitu, Keberkesanan Misi dan Kesiapsiagaan. Teras ini berorientasikan pengukuhan polisi dan dasar untuk beroperasi berpandukan mandat yang telah digariskan pada masa yang sama perlu merencana perancangan dalam meningkatkan keupayaan tahap kesiagaan dari sudut ‘𝘮𝘢𝘯𝘱𝘰𝘸𝘦𝘳’ dan ‘𝘦𝘲𝘶𝘪𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵’.
Skip to content