TYRE: MALBATT 850-9 telah menjadi penganjur bagi Coordinated Training Activities With Lebanese Armed Forces (COTAWL) yang melibatkan penyertaan daripada peg dan anggota LAF di bawah pemerintahan South Litani Sector (SLS) serta MALBATT 850-9 pada 04 dan 08 April 22 bertempat di 5th Brigade HQ, Tyro Barracks, Selatan Lubnan.
Coordinated Training With Lebanese Armed Forces (COTAWL) adalah latihan setiap bulan yang dikoordinasikan oleh Sector West bagi setiap Battalion dan S7 (Sel Latih) MALBATT bertanggungjawab merangka serta mengkoordinasikan setiap latihan berjalan lancar mengikut modul yang telah ditetapkan. MALBATT telah melaksanakan COTAWL mulai Transfer of Authorities (TOA) sehingga sekarang di Kem LAF iaitu Tyro Barrack dan Chawakeer.
Penganjuran latihan secara terkoordinasi ini adalah merupakan sebahagian program pembangunan kepakaran LAF sepertimana misi UNIFIL iaitu membantu membangunkan organisasi LAF melalui perlaksanaan kursus kepakaran oleh trup-trup UNIFIL. Perlaksanaan latihan ini juga seperti yang telah direncanakan dalam Six Month Trg Directive, MK Sektor Barat. Pendekatan latihan adalah secara pembelajaran teori dan praktikal ini secara tidak langsung, dapat mengekalkan tahap kompetensi Trup bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman semasa menjalankan tugasan pengaman di bumi Lubnan. Diantara silibus dan program latihan melibatkan silibus berikut seperti rondaan, petempuran jarak dekat, menghadapi penunjuk perasaan, Explosive Ordnance Disposal/Improvised Explosived Disposal Device (EOD/IEDD), Combat Medical Care dan sebagainya mengikut pakej latihan yang dikeluarkan.