LAWATAN KERJA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA KOMANDER ATB 2 DI MARKAS TAKTIKAL PULAU BERHALA

Brig Jen Abdul Karim bin Ahmad, Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2) bersama delegasi telah melaksanakan lawatan kerja beliau di Kawasan Tanggungjawab Operasi (KTJ) Mk Tak Pulau Berhala. Ketibaan KATB 2 bersama delegasi telah disambut mesra oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1 RS) di Jeti Awam Pulau Berhala. Turut berlangsung ketika lawatan tersebut adalah Majlis Berbuka Puasa bersama pegawai dan anggota operasi yang terdiri daripada 1 RS serta 8 RRD PARA. KATB 2 juga sempat meluangkan masa untuk turut serta dalam Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Mk Tak Pulau Berhala. Sebelum berlangsungnya majlis berbuka puasa tersebut, KATB 2 telah mengambil peluang untuk berucap menyampaikan pesanan kepada seluruh warga yang sedang beroperasi dimana beliau amat menekankan kesiapsiagaan dalam operasi selain memberi kata-kata semangat dalam sesi ucapan tersebut. Beliau turut berpesan agar anggota yang beroperasi sentiasa mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan tugas walaupun ketika menjalani ibadah puasa. Disamping itu, beliau turut mengingatkan agar setiap anggota sentiasa telus dalam menjalani tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Lawatan telah diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan dan penyampaian cenderahati sempena bulan Ramadhan oleh KATB 2.
Skip to content