LAWATAN KERJA KETUA STAF UNIFIL KE MALBATT 850-9

MARAKAH โ€“ Brig Gen Bruno Helluy, Ketua Staf UNIFIL buat julung kalinya telah melaksanakan lawatan kerja rasmi di UNP 2-1, Kem Marakah pada 15 Sep 2022. Ketibaan beliau telah disambut oleh Komander MALBATT 850-9, Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin di Dataran Kem Maโ€™rakah dengan penuh kehormatan. Ianya dimulai dengan acara pemeriksaan kumpulan โ€œ๐บ๐‘ข๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘‘ ๐‘œ๐‘“ ๐ป๐‘œ๐‘›๐‘œ๐‘ข๐‘Ÿโ€. Turut sama mengiringi di dalam lawatan kerja ini adalah Col Oliver Dywer, Timbalan Komander Sektor Barat.
Lawatan telah dimulakan dengan Persembahan Tradisonal Malaysia dari ๐—ž๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—”๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ฅI dengan Tarian Zapin seterusnya beredar ke Conference Room. Taklimat Operasi di Conference Room ini telah disampaikan oleh Lt Kol Norzaini bin Ismail selaku Timbalan Komander MALBATT mengenai aturgerak misi MALBATT 850-9.
Lawatan rasmi ini secara langsung memberi peluang kepada beliau untuk melihat lebih dekat dan jelas mengenai pengurusan aspek gerakan, operasi, tadbir dan logistik bermula MALBATT 850-9 selesai Transfer of Authority pada 13 Nov 2021 lalu. Sejurus sesi perbincangan di Conference Room beliau telah dibawa ke Tactical Operation Centre (TOC). Taklimat operasi telah disampaikan oleh Mej Nazri bin Saad, Pengarah Tactical Operational Centre (TOC) dan seisi perbincangan bersama Komander serta Chief Operation Officer, Lt Kol Mazli bin Mohd Said turut dilaksanakan. Sejurus selepas taklimat, beliau turut melaksanakan tinjauan ke penempatan Trup MALBATT, di Entry Point (EP) 00. Ketua Staf UNIFIL amat berpuas hati di atas prestasi dan pencapaian MALBATT 850-9 yang telah dipamerkan.
Selesai lawatan ke EP00 beliau telah dibawa ke Kem Marakah bagi acara bergambar di Nationโ€™s Pride. Dikesempatan yang sama beliau telah dibawa ๐˜‘๐˜ฐ๐˜บ ๐˜™๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ dengan menaiki RPZ Condor dibawah selian Kapt Mohd Amirul Asraf bin Ramli (RTA) untuk melawat sekitar Kem Marakah. Perhentian akhir ๐˜‘๐˜ฐ๐˜บ ๐˜™๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ dihadapan Wisma Perwira dimeriahkan lagi dengan acara bergambar bersama pegawai MALBATT 850-9 dan diikuti dengan jamuan makan tengah hari.
Di akhir lawatannya, Brig Gen Bruno Helluy mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian dan kerjasama MALBATT 850-9 sepanjang lawatan kerja beliau. Beliau juga turut menyatakan rasa kagum di atas profesionalisme yang telah dipamerkan oleh Warga Harimau Biru yang mana ianya sejajar dengan Tonggak Kedua Komander MALBATT 850-9 iaitu Organisasi yang Anjal dengan pengukuhan dasar-dasar semasa UNIFIL perlu diimplementasikan kepada setiap peringkat pemerintahan agar mencapai keberhasilan kerja dan impak yang dikehendaki.
Skip to content