KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER NTF

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM telah menerima kunjungan hormat dari Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah, Komander National Task Force (NTF) di Markas Angkatan Bersama. Kunjungan hormat ini sempena persaraan beliau tidak lama lagi. Beliau dibawa melawat di sekitar kawasan MKAB. Lawatan diakhiri pertukaran cendera kenangan oleh Panglima Angkatan Bersama. Turut hadir Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Pegawai Kanan MK AB dan deligasi daripada NTF.

Skip to content