LAWATAN KERJA PAB KE MALBATT 850-10

Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja ke MALBATT 850-10 di UNP 2-1, Kem Marakah, Selatan Lubnan. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai-Pegawai Harimau 10. Terdahulu PAB telah menerima Kawalan Kuarter oleh MALBATT 850-10. Sejurus daripada itu, PAB telah dibawa ke Tactical Operation Centre untuk diberi taklimat mengenai pengoperasian MALBATT meliputi Kem Marakah dan Kem Tibnin. Taklimat ini telah disampaikan oleh Mejar Mohd Rizal bin Hashim selaku Pengarah TOC. Acara diakhiri dengan sesi Kunjung Hormat di Pejabat Komander.
Skip to content