Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid Bin Hj Arshad TUDM telah melaksanakan lawatan kerja ke kawasan Op PASIR bermula pada 19 hingga 24 Sept 22 yang lepas. Lawatan bertujuan menilai sendiri keupayaan dan kesiagaan pengoperasian Op PASIR. Selain dari itu, PAB turut beramah mesra bersama pegawai dan anggota di kawasan operasi. PAB turut menekankan agar pengoperasian dan pentadbiran hendaklah efisyen, efektif dan selamat. PAB juga turut meluangkan masa melakukan lawatan kerja ke ibu pejabat ESSCOM di Lahad Datu dan Pangkalan Operasi Hadapan Pasukan Polis Marin di Semporna. Lawatan kerja ini bagi mengukuhkan lagi hubungan baik di antara pasukan keselamatan yang melaksanakan tugas di Pantai Timur Sabah. Lawatan kerja oleh PAB ini mencerminkan komitmen serta dedikasi tinggi oleh Markas Angkatan Bersama dan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 serta pasukan-pasukan yang melaksanakan Op PASIR bagi memastikan keselamatan, kedaulatan Sabah sentiasa terpelihara.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- LAWATAN KERJA PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA KE OP PASIR