KUANTAN, 12 Januari 2022 – Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama telah menerima lawatan Air Vice Marshal Geoferey Harland, Commander Integrated Area Defence System dan staf Information Communication Technolgy (ICT) Headquarters Integrated Area Defence System (HQIADS) di Kompleks Markas Angkatan Bersama, Kuantan. Turut hadir menyambut ketibaan rombongan ialah pegawai-pegawai Kanan MK AB.
Lawatan ini bertujuan membolehkan Komander dan staf ICT HQIADS membuat tinjauan ke Joint Warfare Centre (JWC) Markas Angkatan Bersama dan mengadakan perbincangan bersama PAB berkaitan rancangan menaiktaraf JWC MK AB mengunakan sumbangan kerajaan Australia di bawah Program Malaysian-Australian Joint Development Program (MAJDP).