Celikhan, 21 Mac 23 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Republik Turkiye telah mengadakan lawatan ke Hospital Medan Malaysia (HMM) hari ini. Beliau telah diiringi oleh Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye, TYT Sazali bin Mustafa Kamal dan 2nd Army Command Commander Republik Turkiye, Jeneral Metin GURAK. Ketibaan YB Menteri Pertahanan ke HMM telah disambut oleh Komander HMM, Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Amran bin Amir Hamzah, District Governor of Celikhan, Mr Abdullah Arslanturk dan Mayor of Celikhan, Mr Mustafa Buluk.
YB Menteri Pertahanan dan delegasi telah diberi taklimat pengoperasian HMM, statistik terkini pesakit dan ‘walking brief’ di dalam HMM. Beliau juga meluangkan masa beramah mesra dengan pegawai dan anggota HMM serta pesakit-pesakit yang sedang dirawat di dalam OPD juga di wad. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Shahrazat binti Haji Ahmad, Penasihat Pertahanan Turkiye, Kolonel Mohd Edafi bin Daud, Penasihat Pertahanan Republik Turkiye ke Malaysia, Kolonel Sedat Ozturk dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan.