LAWATAN TAPAK RKAT MK AB

KUANTAN, 31 Disember 2021 – Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama telah membuat lawatan ke Tapak Projek Pembangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Markas Angkatan Bersama di Sungai Panching. Lawatan ini bertujuan untuk melihat lebih dekat kemajuandan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan ditapak projek disamping mengenal pasti isu-isu yang terkait yang boleh dimurnikan dengan segera di antara semua pihak yang terbabit dengan projek ini. Projek ini yang telah bermula sejak 27 Ogos 2021 dan dijangka siap pada Januari 2025. Projek ini merupakan sebuah projek yang akan menyediakan sejumlah 284 unit rumah pelbagai kelas untuk warga MK AB. Turut hadir lawatan tersebut adalah Panglima 4 Briged Mekanize dan wakil Pegawai Penguasa Utama dari JKR Malaysia.
Skip to content