LAWATAN TIMBALAN KOMANDER SEKTOR BARAT UNIFIL

MA’RAKAH – Timbalan Komander Sektor Barat, Col Ray Murphy menyatakan rasa teruja dan berbangga dengan MALBATT 850-9 sebelum beredar pulang selepas sesi lawatan rasmi beliau hari ini.
Ketibaan beliau disambut oleh Komander MALBATT 850-9, Kol Megat Maz Ardi bin Nohuddin di Dataran Kem Ma’rakah, seterusnya kenangan bersejarah bersama beliau ini diabadikan dalam sesi bergambar “𝗧𝗢𝗣 𝟲 𝗠𝗔𝗟𝗕𝗔𝗧𝗧 𝟴𝟱𝟬-𝟵” diikuti dengan iringi Tarian Ngajat dan Pencak Silat Melayu.
Col Ray Murphy telah ditaklimatkan berkaitan peranan dan tugas serta aktiviti gerakan dan latihan yang dilaksanakan oleh MALBATT 850-9 sepanjang tempoh hampir 2 bulan selepas Transfer of Authority (TOA) pada Nov lalu.
Program lawatan juga telah dilengkapkan dengan “𝐽𝑜𝑦 𝑅𝑖𝑑𝑒” sekitar kem menaiki RPZ Condor ACV. Sambil itu beliau mengakui serta memuji pendekatan pemerintahan yang diimplimentasikan oleh Komander MALBATT 850-9 dimana ianya jelas telah memperlihatkan kesan awal yang efektif mencapai keberhasilan kerja dan impak yang dikehendaki kepada semua peringkat pemerintahan serta anggota keseluruhannya.
Pengakuan beliau ini bertepatan dengan Teras Ketiga Komander MALBATT 850-9 dalam 𝗛𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 melalui 𝙐𝙥𝙬𝙖𝙧𝙙 𝙀𝙣𝙜𝙖𝙜𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩 dimana MALBATT akan terus memanfaatkan hubungan baik dengan formasi atasan iaitu Sektor Barat dan UNIFIL.
Skip to content