Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama telah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran tahun 1443H/2022M peringkat Markas Angkatan Bersama (MK AB) bertempat di Surau Al-Mustafa MK AB. Semua peserta tadarus turut memperdengarkan bacaan surah lazim. Majlis Khatam Al-Quran tahun 1443H/2022M peringkat MK AB diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta oleh Lt Jen Dato’ Indera HjYazid bin Hj Arshad TUDM. Acara di teruskan dengan pemberian Sumbangan Hari Raya oleh Tuan Hj Mohamed Hussien bin Abdul Aziz seorang ahli perniagaan yang telah menyumbang barangan makanan kepada 30 anggota MK AB. Turut hadir ialah Ketua Staf MK AB, Mej Jen Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani dan Pegawai Kanan MK AB.