MAJLIS BANTUAN BANJIR ATM

KUANTAN, 4 Januari 2022 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri HajjahTengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM meneruskan program penyerahan barangan sumbangan kepada warga ATM yang terjejas akibat bencana banjir di sekitar Kuantan, Pahang yang diadakan di Dewan Indera. Turut serta dalam menjayakan program penyerahan bantuan ini adalah Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Pegawai Kanan ATM, dan Pengerusi BAKAT Gabungan Markas ATM, YBhg Datin Norhayati binti Usul.

Agihan sumbangan barangan berupa bantuan wang tunai dan keperluan asasi dan kit solat ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban yang dialami oleh keluarga warga ATM yang terlibat dengan bencana banjir. Sejajar dengan peranan dan fungsi yang dijalankan oleh BAKAT iaitu mengutamakan hal ehwal kebajikan keluarga warga ATM amnya, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM turut menzahirkan rasa simpati dan memberikan dorongan semangat kepada semua mangsa banjir terlibat agar sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan yang menimpa. Turut menerima sumbangan adalah 10 orang masyarakat awam setempat yang turut menerima bantuan. Turut diadakan majlis menyerahkan 500 kotak keperluan asas kepadaPegawai Daerah Kuantan untuk diagihkan kepada masyarakat setempat yang terjejas banjir oleh Badan Amal Kasih Sayang Malaysia (BAKASA)
Skip to content