MAJLIS BERBUKA PUASA MK AB

Majlis Berbuka Puasa Markas Angkatan Bersama telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM di Joint Warfare Centre, Kem Al-Sultan Abdullah, Markas Angkatan Bersama. Majlis diadakan selain untuk meningkatkan kekuatan spiritual dan mental melalui amalan-amalan fardhu dan sunat yang dituntut di dalam bulan yang mulia ini, ia juga bagi mengeratkan semangat setiakawan di kalangan semua peringkat warga markas ini. Panglima Angkatan Bersama juga menyampaikan cenderahati kepada para pesertaTadarus Al-Quran dan sumbangan Ihya’ Ramadhan kepada pegawai serta anggota MK AB. Turut hadir pada Majlis tersebut adalah Ketua Staf, pegawai-pegawai kanan dan seluruh warga Markas Angkatan Bersama.
Skip to content