MAJLIS IFTAR MARKAS ANGKATAN BERSAMA

KUANTAN, 21 April 2022- Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah mengadakan Majlis Iftar tahun 2022 bertempat di Dewan Gabungan, Markas Angkatan Bersama. Majlis Iftar ini diadakan bagi merapatkan ukhwah warga MK AB bersama dengan wakil-wakil pasukan sahabat serta warga veteran ATM. Turut sama hadir dalam majlis ini SAC Noor Hisam bin Nordin, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah mewakili Ketua Polis Pahang, DSP Azehar bin Ab Latif, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti mewakili Ketua Polis Daerah Kuantan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuantan, Lt Kol Mat Khalid bin Hamzah Ketua Staf Am 4 Briged (Mek) mewakili Panglima 4 Briged (Mek) serta wakil-wakil dari Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Pahang. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Panglima Angkatan Bersama kepada semua tetamu jemputan.
Skip to content