KUALA LUMPUR, 24 November 2022 -Sempena menghargai jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada negara selama 4 dekad, Panglima Angkatan Bersama (PAB), Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental Penghargaan sempena persaraan beliau tidak lama lagi. Majlis yang telah diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM bertujuan bagi menghargai segala sumbangan dan bakti PAB selama memegang tampuk pemerintahan Markas Angkatan Bersama (MK AB). Seluruh warga MK AB menzahirkan ribuan terima kasih di atas komitmen tinggi yang diberikan oleh PAB sepanjang memimpin MK AB bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- MAJLIS MAKAN MALAM REJIMENTAL PENGHARGAAN PAB