KUANTAN, 1 Disember 2020 – Perasmian Pemakaian Lambang Formasi Markas Angkatan Bersama telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM di ruang legar Markas Angkatan Bersama. Simbolik pemakaian dimulai dengan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama dan seterusnya kepada semua Asisten Ketua Staf serta wakil bahagian MK AB. Lambang ini bertujuan mempamerkan identiti khusus bagi warga MK AB disamping melahirkan semangat esprit-de-corp dan kebanggaan di kalangan warga.
Sejurus penyempurnaan acara pemakaian lambang, acara perasmian Pusat Sumber Markas Angkatan Bersama turut diadakan. Ianya menjadi One Stop Centre gedung ilmu dan HRMIS MK AB. Penubuhan Pusat Sumber MK AB ini adalah cetusan idea dari Panglima Angkatan Bersama sendiri bagi beliau serta warga untuk menambah ilmu pengetahuan.
#BerjuangBersama
#Kitajagakita
#Ilmu
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- MAJLIS PEMAKAIAN LAMBANG FORMASI MK AB DAN PERASMIAN PUSAT SUMBER MK AB