MAJLIS PEMAKAIAN PINGAT PNBB

KUANTAN, 16 Februari 2022 – Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama telah menyempurnakan pemakaian Pingat Pertubuhan Bangsa-bangsa Besatu (PNBB) kepada 9 pegawai dan 2 anggota lain – lain pangkat yang telah berjaya melaksanakan tugas di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertempat di Kompleks Markas Angkatan Bersama, Kem Sg Panching. Penganugerahan pingat ini adalah bagi mengiktiraf Pegawai Pemerhati Tentera dan Pegawai Staf yang terbabit yg telah berjaya menamatkan misi PBB di Western Sahara, Congo dan Lubnan selama setahun. Sepanjang penugasan di misi PBB, kesemua pegawai dan angota yang terlibat telah mempamerkan disiplin dan mutu kerja yang cemerlang sekaligus membuktikan keupayaan serta kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misi pengaman di peringkat antarabangsa. Turut hadir majlis tersebut adalah Timbalan Asisten Ketua Staf J3, Laksamana Pertama Baharudin bin Wan Md Nor, dan pegawai kanan Markas Angkatan Bersama.

Skip to content