Pekan, 13 Mac 2023 – Majlis Pembukaan Eksesais Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) 11AB/2023 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM secara bersama dengan Asisten Operasi Panglima TNI, Mayor Jenderal TNI Agus Suhardi bertempat di PLKN Semarak, Pekan, Pahang. LATGABMA MALINDO DARSASA adalah siri latihan yang dianjurkan secara bergilir bagi setiap tiga tahun antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Latihan yang bermula 10 Mac sehingga 21 Mac 2023 adalah satu platform terbaik bagi kedua-dua angkatan tentera dalam meningkatkan profesionalisme dan keupayaaan untuk diaplikasikan dalam menangani situasi sebenar dilapangan. Selain itu, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua negara serantau atau lebih tepat sebagai dua negara bersaudara yang memiliki kesefahaman yang sangat mendalam.
Kontinjen ATM diketuai oleh Brigedier Jeneral Ahmad Shuhaimi bin Mat Wajab selaku Pengarah Eksesais manakala Brigadir Jenderal TNI (Mar) Supriyono selaku Timbalan Pengarah Eksesais melibatkan seramai 611 peserta yang terdiri dari 461 peserta ATM dan 150 peserta TNI. Beberapa aktiviti projek Jiwa Murni yang merangkumi Engineering Civic Action Program (ENCAP), Medical Civic Action Program (MEDCAP) dan Dental Civic Action Program (DENCAP) turut diadakan bagi mewujudkan kerjasama dan perhubungan antara masyarakat setempat dengan tentera kedua-dua negara sempena LATGABMA MALINDO DARSASA 11AB/202. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Panglima 21 Gerup Gerak Khas , Mejar Jeneral Nubli bin Haji Hashim, Komandan Komando Pasukan Khusus, Mayor Jenderal Joko Purwo Putranto, pegawai-pegawai kanan dari ATM, TNI, Polis Diraja Malaysia, Pegawai Daerah Pekan dan wakil pejabat-pejabat kerajaan daerah Pekan