MAJLIS PEMBUKAAN FIT M17

PORT DICKSON, 7 Februari 2022 – Majlis pembukaan Force Integration Training (FIT) Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao – 17 (TPA M–17) di Auditorium Ban Ki-Moon Pusat Pengaman Malaysia (PPM) telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM, Asisten Ketua Staf J3. Latihan FIT dilaksanakan untuk memastikan Tim memiliki pengetahuan serta tahap kesiagaan untuk melaksanakan tugas dalam misi pemantauan di Mindanao. Tim TPA M–17 seramai 15 orang yang terdiri daripada 4 pegawai dari Tentera Darat, 3 pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, 3 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, 2 pegawai Polis Diraja Malaysia dan 3 Pegawai Tadbir dan Diplomatik. TPA-M 17 diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim.
Skip to content