KUANTAN, 8 Februari 2022 – Mejar Jeneral Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM, Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Strategi TUDM telah merasmikan pembukaan Bengkel Tim Staf Perancang Eksesais (SPE) Eks PAHLAWAN Siri 17/24 di Auditorium Mat Kilau Markas Angkatan Bersama. Bengkel ini bertujuan mempersiapkan Tim SPE dalam pengendalian Eks PAHLAWAN Siri 17/24 serta mengenalpasti matlamat dan merangka objektif eksesais. Turut hadir majlis tersebut adalah Mejar Jeneral Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM, Asisten Ketua Staf J3, pegawai kanan dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia.
- Markas Angkatan Bersama
- Berita
- MAJLIS PEMBUKAAN SPE EKSESAIS PAHLAWAN SIRI 17/24