MAJLIS PENGHARGAAN OP STARLIGHT II

Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan telah menyempurnakan Majlis Penghargaan Tim Misi Operasi STARLIGHT II di Dewan Perkasa Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia pada 18 April 2023. Majlis tersebut diadakan bagi menghargai semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan Misi Operasi STARLIGHT II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman Turkiye. YB Menteri Pertahanan turut menyampaikan sijil-sijil perhargaan kepada wakil-wakil setiap elemen perkhidmatan yang menjayakan Misi Op STARLIGHT II ini yang diterajui oleh Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM. YB Menteri Pertahanan juga telah melawat galeri bergambar yang memaparkan perjalanan operasi misi Op STARLIGHT II. Dalam ucapannya YB Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang telah dicapai oleh semua ahli dalam misi Op STARLIGHT II dan berjaya membuktikan kemampuan ATM untuk diaturgerakkan dalam masa yang singkat bagi melaksanakan sebarang operasi. YB Menteri Pertahanan juga sudi berbuka puasa serta bersolat Maghrib secara berjemaah dengan semua para petugas Op STARLIGHT II dan pegawai-pegawai serta anggota ATM. Turut hadir dalam majlis sambutan tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Duta Turkiye ke Malaysia TYT Emir Salim Yüksel, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM, Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril bin Idrus dan para jemputan.
Skip to content