MAJLIS PENUTUP EKSESAIS LATIHAN GABUNGAN BERSAMA MALAYSIA INDONESIA DARAT SAMUDERA ANGKASA 11AB/23

Majlis Penutup LATGABMA MALINDO DARSASA 11AB/2023 telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM bersama Panglima Komando Gabungan Wilayah Pertahanan I, Laksamana Madya TNI Irvansyah.
Malaysia merupakan Host Nation kepada eksesais kali ini yang melibatkan pasukan khusus (Gerup Gerak Khas, Pasukan Khas Tentera Laut, Pasukan Khas Tentera Udara) dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentara Nasional Indonesia (TNI) telah bermula pada 10 Mac 2023 yang lalu di Pekan, Pahang. Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Brigedier Jeneral Ahmad Shuhaimi bin Mat Wajab selaku Pengarah Eksesais dan Brigedier Jenderal Marinir Supriyono dari Tentera Nasional Indonesia (TNI) selaku Timbalan Pengarah Eksesais. Keseluruhan peserta yang terlibat dalam eksesais ini adalah seramai 611 orang yang terdiri dari 461 anggota dari Malaysia termasuk 2 Pegawai Pemerhari daripada PDRM dan 150 anggota tentera dan 2 pemerhati POLRI dari Indonesia. Penglibatan aset untuk eksesais pada kali ini adalah melibatkan 4 buah kenderaan Gempita 8 x 8, 6 buah RIV TDM, 1 buah Ambulans Medan KKD, 2 buah Ambulans Domestik KKD, 2 buah bot tempur SOC TDM, 2 buah RHIB TLDM, 2 buah Helikopter Agusta A109 TDM dan 2 buah Helikopter EC 725 AP dari TUDM
Eksesais LATGABMA MALINDO DARSASA adalah eksesais bilateral di antara ATM dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang dilaksanakan 3 tahun sekali serta penganjuran adalah secara bergilir-gilir antara Objektif utama eksesais ini diadakan adalah untuk mewujudkan strategi cegah rintang dan strategi tindakan terhadap ancaman dari kumpulan yang ingin mengancam kedaulatan MALINDO, mewujudkan interoperability (kemampuan kerjasama) dalam kesiapsiagaan ATM dan TNI untuk menghadapi ancaman terrorist dan juga bagi menguji PROTAP No.16 (Operasi Gabungan Bersama MALINDO Bagi Menangani Ancaman Keganasan) dan PROTAP No.18 (Prosedur Menangani Keganasan).
Eksesais ini dilaksanakan dalam 4 fasa iaitu merangkumi fasa persiapan, latihan STAFFEX dan latihan intergrasi pasukan (FIT), fasa Latihan Medan (FTX) dan Post Exercise Debrief (PXD). Diantara jenis latihan medan (FTX) yang akan dilaksanakan adalah meliputi aktiviti penyampaian perintah operasi, raptai penggempuran ke atas pengganas di bangunan, dan serangan akhir ke atas sasaran bangunan.
Beberapa aktiviti projek Jiwa Murni yang merangkumi aktiviti program Engineering Civic Aviation Program (ENCAP) seperti membaik pulih Klinik Desa Kampung Langgar, Medical Civic Action Program (MEDCAP) dan Dental Civic Action Program (DENCAP) turut diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat Pejabat Kemas, Peramu, Pekan bagi fasa 1 dan Padang Majlis Daerah Pekan (MDP) bagi Fasa 2. Program ini diadakan bagi mewujudkan kerjasama dan perhubungan antara masyarakat setempat dengan tentera kedua-dua negara sempena Eksesais LATGABMA MALINDO DARSASA 11AB/2023.
Pada sebelah pagi, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanah Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli menyaksikan serbuan akhir latihan medan (FTX) melawan keganasan bangunan di Hotel Ancasa, Pekan dan menganugerahkan ‘Wing Freefall’ kepada 12 orang penerjun bebas dari ATM dan TNI di Padang Majlis Daerah Pekan (MDP) bersempena Majlis Penutup Eksesais LATGABMA MALINDO DARSASA 11B/2023 di Hotel Ancasa, Pekan. Penerjunan bebas membawa 12 bendera terdiri dari 2 Bendera Negara Malaysia/Indonesia, 1 Bendera Negeri Pahang, 2 Bendera ATM/TNI, 6 Bendera Perkhidmatan dan 1 Bendera Koopsus.
Turut hadir YB Dato’ Hj Mohamad Fakhruddin bin Mohd Arif mewakili Menteri Besar Pahang, Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, TYT Bapak Hermono, AKS J3 MK AB Mejar Jeneral Dato’ Nur Hafiz bin Abdul Karim TUDM, Pegawai Kanan ATM, TNI dan para jemputan.
Skip to content