MAJLIS PENUTUP FIT TPA M17

PORT DICKSON, 14 Februari 2022 – Majlis penutup Force Integration Training (FIT) Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-17 (TPA M-17) telah disempurnakan oleh Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama bertempat di Auditorium Ban Ki-Moon Pusat Pengaman Malaysia, Port Dickson. Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM Asisten Ketua Staf J3, Kolonel Azudin bin Hassan Komandan Pusat Pengaman Malaysia dan para pegawai kanan. FIT ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan pegawai yang menyertai TPA M – 17 dilatih dan didedahkan dengan tahap kesiagaan dan pengetahuan yang bersesuian bagi melaksanakan tugas dalam misi pemantauan di Mindanao. Tim TPA M – 17 seramai 15 orang yang terdiri daripada 4 pegawai Tentera Darat, 3 pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, 3 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, 2 pegawai Polis Diraja Malaysia dan 3 Pegawai Tadbir dan Diplomatik. TPA M-17 diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim.
Skip to content